-ClickClick-

Friday, December 10, 2010

Mata Pedih!!!!..

Hallu...Hallu...
Salam..
Semalam x update blog sebab membizi melampau..:(
Ari nih dpt ar habuan semlm ngadap pc 1 ari non-stop..:)
Habuannyer ialah..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tara!!!!
MATA PEDIH + BERAIR=MERAH MENYALA...:(
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tension k biler sakit yg membabitkan mata disaat cik labu perlu memberikan sepenuh perhatian kat keje cik labu...:(
Kat bawah nih ader cket artikel tentang Mata Pedih / Kekeringan mata nih..Silerler baca untuk menambah ilmu didada wokeh..:P

Kisah Seorang yang bernama Hiew Hoi Sim...

Hew Hoi Sim tidak mempunyai masalah penglihatan mata. Tanpa memakai cermin mata, dia bebas bergerak. Namun, seharian berada di pejabat yang berhawa dingin dan berdepan dengan komputer, membuatkan matanya berasa pedih.
Bukan itu sahaja, matanya sering berair dan dia berasa tidak selesa. Dengan sedikit pengetahuan tentang masalah mata, Hoi Sim melakukan ujian mata. Baginya, kesihatan mata bukan sesuatu yang dianggap mudah.
Melalui Pakar Mata dan Lasik Pusat Perubatan Prince Court (PCMC), Profesor Dr. Muhaya Mohamad , Hoi Sim melakukan ujian air mata. Ujian ini mengukur kadar kelembapan mata.
Menurut Prof Muhaya, Hoi Sim mungkin mengalami mata kering.
Selepas lima minit melakukan ujian ringkas, Prof Muhaya mendapati Hoi Sim mengalami masalah mata kering dan air matanya sangat kurang.
Tambah beliau, air mata sangat penting sebagai bahan pelincir mata dan untuk menyingkir segala kekotoran (termasuk bahan asing) bagi memastikan mata sentiasa sihat.
Bagaimanapun, jika terlalu banyak air mata, ia boleh membuatkan kita berasa tidak selesa. Air mata bukan sekadar air. Ia cecair yang kompleks; mengandungi air, lemak, protein, elektrolit, bahan pembasmi bakteria dan faktor pertumbuhan yang mengawal pelbagai proses di dalam sel. Gabungan ini membantu menjadikan permukaan mata bersih dan licin.
“Tanpa air mata, kita tidak dapat melihat dengan jelas. Masalah mata berair sering berlaku pada orang tua berumur melebihi 60 tahun. Uniknya, gejala mata berair biasanya disebabkan masalah mata kering. Secara umumnya, kebanyakan orang tua mengalami masalah mata kering kerana kekurangan air mata yang dikeluarkan kelenjar air mata akibat faktor umur. Secara semula jadi, pengeluaran air mata berkurang apabila umur meningkat,” ujar beliau.
Walaupun masalah mata kering boleh berlaku kepada lelaki dan wanita pada semua peringkat umur, biasanya ia lebih kerap dialami wanita, terutama selepas menopaus. Ia mungkin disebabkan perubahan hormon. Apabila mata kering, seseorang berasa tidak selesa dan kelenjar airmata mengeluarkan air mata (tindakan refleks yang berlaku secara semula jadi) sebagai langkah perlindungan. Keadaan ini sama seperti air mata yang dikeluarkan ketika mata dimasuki habuk.
Adakah masalah mata berair berbahaya dan boleh menyebabkan kebutaan?
Menurut Prof Muhaya, ia bergantung kepada punca masalah.
“Untuk mengetahui sama ada ia berbahaya atau tidak, seseorang harus memerhatikan dua gejala, iaitu mata menjadi merah dan penglihatan terganggu. Harus diingat, ada penyebab masalah mata berair yang berbahaya dan boleh menyebabkan kebutaan seperti glaukoma akut dan ulser kornea. Pada kedua-dua keadaan ini (glaukoma akut dan ulser kornea), mata menjadi merah dan penglihatan terganggu. Jika dua gejala ini tiada, anda tidak perlu risau,” katanya.
Apa rawatan untuk mata kering?
Masalah mata kering boleh diatasi dengan menitiskan air mata palsu, iaitu sejenis cecair yang diolah menyerupai keadaan air mata sebenar. Air mata palsu ini boleh dititiskan ke dalam mata tanpa kesan sampingan. Malah, ia juga boleh dianggap sebagai losen mata.
Apa rawatan untuk kanak-kanak yang alami penyumbatan nasolakrimal?
Pada peringkat awal sebelum berusia enam bulan, bahagian yang tersumbat boleh diurut untuk menggalakkan pembukaan saluran nasolakrimal. Jika saluran masih tidak terbuka selepas berumur enam bulan, ibu bapa tidak perlu risau kerana ia boleh diperbaiki melalui pembedahan kecil. Anda tidak perlu bimbang jika mengalami masalah mata berair, kecuali ia mengakibatkan mata menjadi merah dan mengganggu penglihatan. Walaupun ia menyebabkan ketidakselesaan, tetapi secara umumnya masalah ini boleh diatasi dengan mudah. Bagaimanapun, jika perkara ini berlanjutan, dapatkan bantuan doktor mata anda.

No comments:

Post a Comment