-ClickClick-

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan '12 - 3 - Resipi Bubur Gunting..

Salam...

~Bubur Gunting~

Hari ni CL nak share resipi orang perak..
According to my mom..resipi ni orang perak je tahu buat..ye la kot..sebab CL tak pernah lagi nampak bubur ni kat tempat / negeri lain..

Okay, bubur yang kat atas tu nama dia Bubur Gunting..

Bahan-bahan :-

3 Cawan Tepung Gandum
Secubit Garam
Air Suam 
(Agak-agak doh cantik elok tak melekat).

250gm (+-) Gula Melaka
(Gula gula merah pun boeh..depends)
2 cawan Santan Pekat
3 senduk Gula Pasir
Secukup rasa Garam
2 helai Daun Pandan
Air (agak2)

Cara-Cara :-

Gaulkan Tepung Gandum dgn air dan garam sehingga jadi doh.
Bahagi kepada bebola kecil (maybe dapat dlm 5 biji..)
Canaikan doh..then goreng tanpa minyak sehingga doh masak / garing..
Then guntingkan kecil-kecil (dlm 0.5 cm lebar, 2 cm panjang)-Ketepikan..

Then, masak santan dengan dgn garam & gula pasir..
Kacau dan pastikan santan tak pecah minyak..
Then masukkan gula melaka / gula merah & Daun Pandan..
Kacau sehingga mendidih..
Lastly, masukkan air secukupnya..
(better letak more air, bagi kuah sedikit cair).
Then letakkan doh yang telah digunting tadi..

Taraaaa!!!!!

Dah siap bubur gunting...nak lagi sedap sejukkan dulu bubur ni..
memang marveles..:)

Selamat mencuba..resipi simple from CL with love!!..

Luv, 
-CikLabu-

No comments:

Post a Comment